Opini   -

Bangsa Melayu Mesti Bangun, Sadar dan Berubah

Dibaca: 288 x


nasibKesedaran adalah suatu perkara yang pada lazimnya tidak akan berlaku melainkan berlaku sesuatu peristiwa yang mencengkam jiwa dan perasaan seseorang. Apabila berlaku kematian, musibah atau kejadian yang sangat mengejutkan maka pada kebiasaan akan berlaku kesedaran yang akhirnya membawa kepada perubahan. Begitulah lumrahnya kehidupan ini yang mempunyai cara semulajadi di dalam memperbetulkan sesuatu keadaan, bangsa mahupun individu.

Perbincangan ini bertolak daripada sepotong ayat daripada Surah Ar-Raad (Q13:11) bahwasanya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum tersebut mengubah apa yang ada di dalam mereka. Bangsa Melayu sekarang tidak sama dengan bangsa Melayu 50 tahun yang dulu. Jika disandarkan kepada ayat Quran tadi, maka dapatlah kita rumuskan, pencapaian bangsa Melayu hari ini adalah hasil daripada iltizam generasi bangsa Melayu terdahulu yang telah sanggup berkorban, berkerja keras, mengubah apa yang ada dalam diri mereka sehingga Melayu hari ini mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa Cina dan India dengan bangganya seraya berkata, hidup anak-anak bangsa ini telah berubah.

Tetapi adakah kita akan alpa dengan segala pencapaian yang dicapai hari ini atau perlukah Melayu sedar bahwasanya apa saja yang dicapai hari ini, boleh lenyap dengan sekelip mata. Jika bangsa Melayu leka dan tidak kenal mana satu kawan dan mana satu lawan maka akhirnya bangsa Melayu akan memusnahkan nasib bangsa hasil perbuatan tangan-tangan mereka sendiri ?

Bangsa Melayu ketika ini berhadapan dengan satu bentuk ancaman yang bakal mengubah destini bangsa ini jika mereka tidak cermat menguruskan kehendak serta matlamat hala tuju seluruh bangsa Melayu dan ia akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada generasi baru 50 tahun akan datang. Lipatan sejarah berulang-ulang kali cuba memberi pelajaran kepada bangsa Melayu bahwa jika mereka tidak bangun, sedar dan berubah maka sentiasa nasib bangsa ini akan menjadi seperti mana tercatat dalam sejarah bangsa Melayu dan lipatan sejarah ini tidak pernah sekalipun tersilap dimana jika Melayu berpecah, maka mereka akan ditindas.

Dengan situasi politik yang memperlihatkan drama kepimpinan yang sangat membimbangkan, cerdik pandai Melayu dan orang-orang tua (the elders) perlu segera tampil ke hadapan dan memberikan kesedaran kepada bangsa Melayu bahwa tanda-tanda kehancuran bangsa ini sudah memperlihatkan ekornya pada hari ini. Apabila orang-orang bukan Melayu diajar oleh orang-orang Melayu untuk mempertikaikan kewibawaan ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja Melayu, mempertikai serta mempersendakan anutan serta agama bangsa Melayu iaitu agama Islam, maka inilah tanda-tanda kehancuran bangsa Melayu sekali lagi tampil mengancam survival orang-orang Melayu di masa hadapan.

Politik bangsa Melayu kini berada di satu persimpangan yang sangat bahaya. Kita ada kepimpinan Melayu yang mengetuai pakatan pembangkang yang begitu kuat keinginan untuk menjadi Perdana Menteri. Pemimpin sebenarnya dipilih oleh rakyat tetapi kepimpinan pembangkang sekarang ini bukan sahaja menawarkan diri untuk menjadi pemimpin malah mengugut rakyat supaya memilih mereka menjadi pemimpin dan hingga sanggup menggadai bangsa dan agama semata-mata untuk menjayakan impian menjadi Perdana Menteri.

Disebabkan kerakusan kepimpinan pembangkang yang bukannya berjuang untuk membela nasib rakyat terutama bangsa Melayu, kini mereka telah bersedia menjual bangsa, ketuanan dan kalimah Allah semata-mata mendapat sokongan orang-orang bukan Melayu demi untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional. Bangsa Melayu telah dipertaruhkan oleh orang-orang Melayu dalam pakatan pembangkang semata-mata kerana rasa benci terhadap UMNO yang bukanlah tiada kelemahan tetapi digambarkan sebagai zalim dan menindas rakyat.

BACA JUGA  Ramadhan, Momentum Penguatan Moral Wartawan ((bagian akhir, selesai)

Politik kebencian yang diamalkan puak-puak pembangkang telah menyebabkan bangsa Melayu berpecah belah. Malahan kepimpinan Melayu dalam parti-parti pembangkang turut berpecah belah apabila kepimpinan pembangkang tidak dapat mengawal percaturan politik yang memperjudikan bangsa dan agama semata-mata untuk mendapatkan semua sokongan politik dari semua pihak yang mereka rasa dapat membantu mereka merampas Putrajaya.

Apabila bangsa Melayu berpecah maka anasir –anasir luar akan berjaya merampas kuasa dan bangsa Melayu akan sekali lagi tertindas dan menjadi orang suruhan di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu dalam pakatan pembangkang kini mengajar puak-puak bukan Melayu agar mempertikaikan segala hak-hak milik Melayu demi meruntuhkan formula muafakat Barisan Nasional. Politik songsang ini jika dibiarkan berleluasa maka akan ada anasir-anasir luar yang dengan berani mempertikaikan hak-hak ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja, bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya Islam sebagai agama rasmi.

Semua ini akan menjurus kepada rusuhan kaum dan rusuhan agama yang bakal memporak-porandakan negara kita yang sekian lama berada dalam keadaan rukun aman dan damai. Bangsa Melayu harus sedar dengan jelas mana intan dan mana permata. Jangan kerana idealism politik romantika yang berasaskan fitnah dan kebencian dijadikan asas, maka segala bakti dan budi UMNO yang telah banyak membantu ramai orang-orang Melayu untuk bangun dan berjaya dalam hidup dipersiakan begitu sahaja dan dibalas dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Melayu Islam yang dengan jayanya memartabatkan bangsa Melayu di bumi Allah yang penuh barkah ini.

Marilah sama-sama kita renung lirik lagu warisan, anak kecil main api. Ramalan lirik lagu warisan bakal menjadi kenyataan dan bangsa Melayu akan sekali lagi ditindas dan menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu di bumi mereka sendiri. Bangun dan sedarlah wahai bangsaku.

Percaturan politik terkini perlu difahami oleh semua orang-orang Melayu di Tanah Melayu ini dimana survival bangsa Melayu itu sendiri bergantung kepada keputusan pilihanraya ke 13 ini. Kenapa perlu seluruh anak bangsa Melayu memberi sokongan kepada perjuangan Anwar Ibrahim semata-mata untuk menjadikan beliau seorang Perdana Menteri ? Anwar Ibrahim telah pun diberi peluang oleh UMNO tetapi akibat terlampau tamak kepada kuasa beliau sudah tidak dapat bersabar maka takdir Allah yang menentukan beliau tidak menjadi Perdana Menteri.

Kenapa bangsa Melayu perlu digadaikan kepada DAP hatta hingga kalimah ALLAH turut digadaikan semata-mata bagi mendapatkan “political mileage” buat satu pakatan yang tidak menguntungkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu menjadi begitu tidak bermaruah di dalam Pakatan Rakyat hinggakan PAS sanggup menukar agenda perjuangan semata-mata mentaati agenda perjuangan Pakatan Rakyat.

Bangsa Melayu menjadi begitu tidak bermaruah di dalam Pakatan Rakyat hinggakan sanggup menjadi barua kepada DAP yang berhajat menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Politik DAP adalah sebenarnya bagi mendapatkan sokongan orang-orang Cina yang sudah berubah haluan menyokong pakatan pembangkang kerana mereka nampak peluang di dalam perpecahan Melayu maka peluang untuk mereka berkongsi kuasa bersama-sama bangsa Melayu menjadi semakin jelas.

DAP tidak pedulikan nasib bangsa Melayu di Malaysia. Mereka hanya dahagakan sokongan bangsa Cina dan ingin menjadikan Pulau-Pinang sebagai Singapura kedua untuk orang-orang Cina. Bangsa Melayu akan kehilangan Pulau-Pinang jika mereka tidak bersatu dan kembali kepada perjuangan yang berasaskan maruah bangsa dan agama yang sudah terancam dan tercabar disebabkan dakyah Anwar Ibrahim yang sanggup menjual bangsa dan agama semata-mata bagi merebut kuasa di Putrajaya. Percaturan politik kali ini adalah berkenaan survival bangsa Melayu.

BACA JUGA  Membentuk Karakter dan Membina Akhlaq Siswa Melalui Kantin Kejujuran di Sekolah (Artikel Minggu Ini)

Kita dapat lihat bagaimana DAP tanpa segan silu menunjukkan belang bagaimana mereka akan layan bangsa Melayu ketika masih belum diberi mandat untuk berkuasa. Orang-orang Cina yang ekstremis mahu melihat Melayu hilang kuasa ketuanan di Tanah Melayu ini. DAP sahajalah parti politik harapan mereka yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi sama taraf dengan mereka dan hilang kuasa majoriti di bumi bertuah ini. Penganut agama Kristian mahu mencabar kewibawaan Islam di negara ini dan telah mendapat sokongan daripada pakatan pembangkang untuk melaksanakan agenda mereka bagi menggugat Islam sebagai agama rasmi dan menghina umat Islam di Tanah Melayu.

Sokongan bangsa Melayu kepada pakatan pembangkang sekarang ini adalah satu sokongan yang bakal menyaksikan bangsa Melayu dipinggirkan dan dihina di tanah tumpah darah mereka. Tidakkah ada sedikit perasaan cintakan bangsa dan agama di dalam diri bangsa Melayu hingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama semata-mata kebencian PAS terhadap UMNO dan keinginan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Jika benar atas dua landasan ini orang-orang Melayu menjatuhkan kerajaan Islam Melayu UMNO maka bangsa Melayu akan menjadi antara bangsa yang paling bodoh di dunia ini kerana sanggup menggadai maruah bangsa dan agama dan ditukar ganti dengan habuan yang tidak mempunyai makna langsung. Orang-orang Melayu mesti belajar daripada sejarah.

Orang-orang Melayu mesti belajar mengambil iktibar daripada sejarah bahwa persengketaan diantara bangsa Melayu yang menyebabkan Portugis, Belanda dan British menjajah Tanah Melayu. Bangsa Melayu perlu bangun, sedar dan berubah. Hak bangsa Melayu adalah untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama di tanah air mereka apabila kita dicabar.

Bangun , sedar dan berubahlah wahai anak bangsaku, bangun dan pertahankan maruah bangsa dan agama apabila bangsa dan agama kita dihina dan dicabar sebegitu rupa. PRU 13 adalah gelanggang dimana kita mempertahankan maruah bangsa dan agama. Undi Bangsa Melayu kali ini adalah bagi memastikan survival orang-orang Melayu terjamin dan Anak Kecil Main Api tidak menitis Air Mata Darah apabila Bumi yang Dipijak Menjadi Milik Orang.

Adakah Bangsa Melayu akan hanya sedar apabila mereka menjatuhkan kerajaan Melayu Islam UMNO dan tiba-tiba mendapati mereka sudah tersilap langkah. Adakah Bangsa Melayu akan sedar hanya apabila semua hak-hak orang-orang Melayu dicabar dan dipertikaikan dan orang-orang Melayu PAS dan PKR tidak mampu berhadapan dengan kehendak dan keinginan DAP yang begitu kuat di dalam penentangan mereka terhadap hak-hak orang-orang Melayu ?

Adakah Bangsa Melayu hanya akan sedar apabila disebabkan ajaran pluralisma dan LGBT, berbondong-bondong anak-anak muda Melayu meninggalkan Islam dan menjadi murtad dan mengamalkan cara hidup songsang akibat daripada salah percaturan politik yang merugikan bangsa dan agama orang-orang Melayu. Lagu warisan bukan sengaja dicipta bagi menakutkan orang-orang Melayu. Lagu tersebut akan dinyanyikan dengan linangan air mata oleh anak-anak bangsa Melayu generasi akan datang apabila bumi dipijak milik orang dan nenek moyang yang kaya raya, tergadai seluruh harta, maruah , bangsa dan agama hanya semata-mata disebabkan persengketaan sesama kita.

Sumber : http://peopleagainstopposition.blogspot.co.id/2013/01/bangsa-melayu-mesti-bangun-sedar-dan.html



Terhubung dengan kami

     


Pasang Iklan Banner klik DISINI